Penajaan Kelab dan Pasukan Bolasepak Liga Malaysia 2016

Daripada 24 team di Liga Super & Liga Perdana, berapa team yang ditaja oleh Korporat dan bukannya syarikat yang dikuasai Kerajaan Negeri, selain dari Kelantan?

Korporat di Malaysia masih belum terbuka untuk membuat penajaan dalam industri bolasepak tidak seperti di Thailand, Singapore & Indonesia.
Kami pernah berbincang dengan team marketing beberapa team Liga Super. Mereka mengakui syarikat2 korporat di Malaysia agak sukar untuk membuat pelaburan di dalam industri bolasepak melalui penajaan & pengiklanan.


Penswastaan Liga di bawah FMLLP menambah lagi kesukaran pasukan2 mendapat penajaan dari korporat kerana mereka terpaksa bersaing dengan FMLLP sendiri. Sudah tentu FMLLP dapat memberi pakej yang lebih menarik kerana melalui penajaan dengan FMLLP, brand2 mereka diiklankan untuk seluruh liga berbanding dengan penajaan kepada team yg terhad kepada team tersebut sahaja. Jadi penaja2 utama sudah pasti menaja Liga melalui FMLLP berbanding menaja mana2 pasukan.


Polisi pengiklanan yang ditetapkan oleh FMLLP juga tidak membantu team2 untuk menyediakan pakej penajaan/pengiklanan yang menarik. Lebih dari separuh slot untuk LED Board & Papan Iklan mesti diberikan kepada FMLLP.


Jika kita lihat liga2 utama seperti EPL contohnya, LED Board mereka dikuasai oleh penaja team berbandiang penaja EPL (seperti Barclay Bank).


Perkara ini perlu dikaji balik oleh FMLLP & mereka bertanggungjawab untuk membantu team2 utk dapatkan pendapatan melalui apa cara sekalipun terutamanya Broadcasting Revenue (yang juga agak sedikit percentagenya yg dikembalikan kepada team), penajaan, pengiklanan & lain2.. Jika team tidak dapat menjana pendapatan yang baik, mana mungkin team2 ini dapat survive untuk penswastaan.

Share on Google Plus

About Unknown

TnT Adalah Fan Page Yang Dedikasikan Kepada Peminat Pasukan Bolasepak Tranung Dan Taiteng (The Titans). Nama TnT Diilhamkan Dari Pangkal Huruf Pasukan Berkenaan - TRANUNG dan TAITENG!!!
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment