KEJOHANAN BOLASEPAK PEKAK MALAYSIA KE 8

Terengganu menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bolasepak Pekak Malaysia kali ke 8 yang bermula  24-30 Mac, 2016.
Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu (TSDeaf) buat pertama kalinya diberi kepercayaan sebagai tuanrumah penganjuran Kejohanan Bola sepak Pekak Malaysia kali ke 8 (KBPM8) iaitu kejohanan yang melibatkan ramai atlet-atlet bolasepak serta pegawai.
Sebanyak 9 pasukan negeri telah mengambil bahagian kali ini iaitu Kelantan, Terengganu, Melaka, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pahang dan tuan rumah Terengganu. Jumlah kehadiran seramai 250 orang dicatatkan.
Selepas 4 hari kejohanan dilangsungkan pasukan negeri yang dilihat benar-benar bersedia kali ini ialah Kelantan, Sabah dan Terengganu. Negeri-negeri yang membariskan pemain-pemain muda ialah Sabah, Perak, Wilayah Persekutuan, Terengganu dan Melaka .Ini dilihat berbeza dengan Selangor dan Kedah yang masih lagi bergantung kepada pemain-pemain veteran mereka untuk mengalas tanggungjawab bagi negeri masing-masing.
KBPM8 adalah salah satu dari program sukan teras dibawah Unit Pembangunan Sukan (UPS) MSDeaf yang baru dibentuk bagi menyusun semula semua program Sukan Teras MSDeaf dengan lebih terancang dan mencapai objektif kelak.
Perasmian KBPM8 telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Mohd. Sulji , Pengarah JBS Terengganu selaku wakil kepada Menteri Besar Terengganu yang tak dapat hadir pada saat-saat akhir. Turut hadir ialah Pengarah MSN Terengganu Tn. Hj. Ibni Amin bin Busu selain Presiden MSDeaf, Kamarzaman Hj. Harun serta beberapa Exco Msdeaf termasuk Mohd Yusri Abdul Ghani, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu (TSDeaf).
KBPM8 anjuran MSDeaf ini adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menyertai Sukan Orang Pekak Ke 19 ( SOPMA ke 19 ) di Kuching, Sarawak pada 30 September-7 Oktober, 2016 depan.
Selain daripada itu MSDeaf juga menghantar 2 jurulatih serta Pengarah Teknikal (TD) dari negara jiran Thailand seorang pekak iaitu Mr. Manachai Sitthisarn yang memegang lesen jurulatih bolasepak kelas B sebagai pegawai teknikal perlawanan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
KBPM8 turut mendapat kerjasama dari kerajaan negeri Terengganu selain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta rakan-rakan syarikat korporat dan swasta Msdeaf iaitu Genting Malaysia Berhad, TM, TNB dan selain mendapat tajaan peribadi oleh Tengku Mahkota Pahang, Presiden FAM .

Share on Google Plus

About Unknown

TnT Adalah Fan Page Yang Dedikasikan Kepada Peminat Pasukan Bolasepak Tranung Dan Taiteng (The Titans). Nama TnT Diilhamkan Dari Pangkal Huruf Pasukan Berkenaan - TRANUNG dan TAITENG!!!
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment