T-Team memulakan kempen LIGA SUPER 2016 dengan berjaya membawa pulang satu mata di Stadium Darul Makmur, Pahang pada pertembungan menentang Pahang 13 Februari lalu.
T-Team dikejutkan oleh asakan tuan rumah seawal minit pertama permainan dengan cubaan pertama Pahang,Dalibor Volas yang hampir menemui jaring gol namun sekadar melewati palang gol T-Team.
Pada minit ke 13 permainan, Pahang sekali lagi mengejutkan T-team melalui tandukan Dalibor Volas sekali lagi ,namun pemain import Pahang itu tidak dikira setelah dikesan "offsaid" terlebih dahulu.
T-Team yang bermain dengan corak defensive pada awal permainan banyak melakukan kesilapan dalam hantaran dan kawalan bola terutama pada bahagian pertahanan dihukum pada minit ke 19 setelah pemain pertahan T-Team lambat mengeluarkan bola dihadapan pintu gol setelah keadaan kelam kabut hasil serangan pasukan Pahang. Gol dijaringkan oleh Dalibor Volas melalui rembatan kencang setelah pemain pertahanan T-Team gagal mengeluarkan bola dihadapan pintu gol.
Minit ke 37, Pahang terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Poyeng dikenakan kad kuning kedua dan diperintahkan meninggalkan padang.
Pemainan kekal dengan kedudukan 1-0 memihak kepada Pahang pada separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, T-Team dilihat lebih garang dan mengawal bahagian tengah namun penguasaan T-Team itu gagal untuk menterjemahkan gol sebalik Pahang dilihat lebih banyak bertahan dan corak serangan Pahang lebih banyak dengan "counter-attack".
T-Team dilihat seimbang menentang Pahang yang bermain 10 orang dan akhirnya berjaya menjaringkan gol menerusi rambatan padu Safawi pada minit ke 71.
Pada minit ke 89 Izzaq Faris bijak menewaskan penjaga gol Pahang, Nasril untuk T-Team mendahului Pahang namun sayangnya pada ketika T-Team dilihat seolah telah berjaya membawa pulang 3 mata, Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan melalui sepakan percuma diluar kotak penalti T-Team melaui sepakan cantik German Pacheco.
TAMAT PERMAINAN : Pahang 2-2 T-Team FC
Video highlight perlawanan.
0 comments:
Post a Comment