Menarik jugok posting Titans Troopers ni..
Tapi sebelum kite jwb semua soalan2 Titans Troopers ni, kite nok tanya dulu 2 soalan..
1) Faham dok maksud Feeder Club
2) T-Team ni sbenornye nok jadi mende? Nok jadi Feeder Club atau nok jadi Rival?
Dari mende hok kite tahu, tujuan asal penubuhan TTeam adalah untuk beri peluang & pengalaman kepada bakat2 baru, anak2 muda #Tranung. Dengan harapan pemain2 ini akan dapat meningkat dan seterusnya menjadi pemain yang baik untuk pasukan Tranung. Perkara ini diakui sendiri oleh MB kite bila MB kite membuat keputusan untuk kerajaan negeri meneruskan untuk finance TTeam setelah TTeam direlegate pada season 2014. Perkara ini juga diakui oleh YB Dato Exco Sukan kite.
Berdasarkan pada kenyataan dua orang tertinggi yang bertanggungjawab keatas sukan Tranung termasuk TTeam, kite jwb soalan2 Titans Troopers berdasarkan TTeam sebagai Feeder Club kepada Tranung.
1) Kenyataan TTeam sebagai Feeder Club tidak perlu bersungguh2 & bertungkus lumus merupakan kenyataan yg sangat tidak berilmu. Apa club sekalipun, mereka masih perlu bersungguh2 & bertungkus lumus dalam apa sahaja urusan mereka.
2) TTeam perlu lahirkan pemain dan berikan kepada Tranung. Yup! Inilah sepatutnya menjadi KPI TTeam. Berapa ramai pemain yang berkualiti mampu dilahirkan.
3) Gunakan pemain muda & tidak perlu pemain import. Kenyataan ini bergantung kepada keadaan. Kalau pemain import yg dipilih mampu guide & beri tunjuk ajar kpd pemain2 muda, why not? Kalau pemain import sekadar cukupkan kuota pemain import, lebih baik beri peluang kepada pemain2 muda. Bergantung kepada tujuan apa TTeam mengambil pemain import.
4) idea feeder club bukanlah satu pemikiran kolot. Ini adalah 1 pemikiran yg berpuluh langkah kehadapan yg dilakukan oleh Tranung. Club2 utama diseluruh dunia mempunyai feeder club mereka sendiri. So adakah mereka kolot?
5) Melahirkan pemain bagus perlukan pool of players yg besar. So TTeam sepatutnya menjadi salah 1 tempat untuk melahirkan pemain yg bagus. Perlu diingat tujuan utama feeder club adalah melahirkan pemain yg bagus melalui pendedahan perlawanan competetive, bukannya melahirkan pasukan yg bagus.
6) lagi sekali, Penubuhan feeder club adalah untuk melahirkan pemain yang berkualiti melalui pendedahan perlawanan competetive. Jika tiada feeder club, pemain2 muda Tranung hanya akan bermain di pertandingan Piala Presiden, tetapi melalui penubuhan TTeam, pemain2 muda ini boleh mengambil pengalaman beraksi di Liga yg lebih tinggi dari Piala Presiden iaitu Liga Premier atau Liga Super.
7) Bagaimana nak jadi terbaik tanpa pemain senior & import? Lagi sekali kita perlu sedar matlamat & KPI feeder club iaitu untuk melahirkan pemain yg berkualiti bukannya untuk membentuk pasukan yg baik untuk memenangi kejohanan. Memenangi kejohanan hanyalah bonus untuk feeder club. Jika sekiranya ada pemain senior atau import yg mampu memberi impact positive kepada pemain muda dari segi development pemain itu melalui tunjuk ajar dan sebagainya, why not?
8) Bagaimana nak lahirkan pemain baik jika fahaman bolasepak cetek? Hok ni ambe dok faham.. Fahaman bolasepak sape yg cetek? Sebagai pasukan bolasepak profesional, sepatutnya fahaman org yg terlibat dgn team Tranung & TTeam tidak seharusnya cetek. Tapi syg pengurusan kedua2 team ini sgt cetek dlm ilmu bolasepak.
9) Dari segi perbelanjaan, feeder club harus mengutamakan development & pemain muda. Ini tidak bermakna Tranung tidak perlu mengutamakan development. Kedua2 team harus mengutamakan development. Perbelanjaan feeder club tidak perlu diutamakan kepada mendapatkan player2 senior & import yg mahal. Perbelanjaan menghasilkan pemain berkualiti harus diutamakan.
10) kedua2 pasukan Tranung & TTeam masih lemah dari segi pembangunan yg patut jd keutamaan. Walaupun TTeam mempunyai Young Titans Football Academy diseluruh daerah di Tranung, tetapi sebenarnya YTFA bukan academy yg sebenar. YTFA adalah soccer school. Sesiapa sahaja yg mampu bayar yuran boleh menyertai YTFA. & pemain2 YTFA yg digilap oleh Coach Jibang free untuk join mana2 club yg ingin mengambil khidmat mereka. Mungkin admin Titans Troopers tidak sedar berapa ramai produk YTFA yg telah dicuri oleh academy2 lain seperti Frenz Utd, NFDP dll. Sepatutnya TTeam memilih pemain2 terbaik dr YTFA, dikumpulkan disatu training centre(academy) dijaga, dilatih & diikat dengan apa cara sekalipun agar permata2 terbaik ini tidak terlepas ke pasukan lain. Walaubagaimanapun kami puji TTeam yg at least ada soccer school berbanding Tranung yg tiada langsung academy atau soccer school.
11) dalam isu pemain2 & jurulatih yg diserapkan ke pasukan Tranung, Titans Troopers harus faham untuk membentuk 1 pasukan yg baik bagi mencabar kejuaraan, Tranung memerlukan squad yang baik. Bukan hanya 11 pemain tetapi kesemua pemain dalam squad perlu baik & bersedia diturunkan bila2 masa. Admin Titan Troopers juga perlu faham dengan realiti bolasepak, tidak semua pemain muda & pemain yang dibeli mampu menjadi pemain yang baik. Untuk menjadi pemain yg baik selain dari peluang dan faktor pasukan & rakan sepasukan, pemain itu sendiri perlu sentiasa bekerja keras untuk mempertingkatkan prestasi beliau. Pemain terbaik academy atau feeder club atau pemain termahal yg dibeli tidak semestinya menjadi star pasukan baru mereka. Tapi jika tidak diberi peluang langsung, maka tidak akan adalah star baru yg akan muncul. Pemain seperti Potek telah menunjukkan peningkatan yg baik sejak menyertai Tranung & diturunkan agak kerap sebagai pemain Tranung.
Sekian sahaja jawapan2 dari kami mengenai semua persoalan yg diaju & lagi sekali kami ingin maklum bahawa jawapan kami berdasarkan matlamat utama TTeam ditubuhkan sebagai feeder club & sebagaimana yg dinyatakan oleh YAB MB kita & YB Exco Sukan kita..
Doh sebenornye Titan Troopers ni faham dok mende feeder club? Hehe....
Dari facebook Titans Troopers.
FEEDER - ADA SEGELINTIR PIHAK TERTENTU MENYATAKAN T-TEAM FC SEBAGAI FEEDER TERENGGANU FA I Maksudnya T-TEAM FC tidak...
Posted by Titans Troopers on Sunday, 31 January 2016
0 comments:
Post a Comment